Cart 0

Buku Panduan Praktikal Aromaterapi Holistik

RM 48.00 RM 85.00

Buku Panduan Praktikal Aromaterapi Holistik yang padat dengan info, butiran lengkap minyak pati dll.

Subhanallah... Segala puji bagi Allah swt yang Maha Pengasih dan Penyayang...
.

Setelah sekian lama, pelbagai cabaran untuk hasilkan yang terbaik, asyik berulang kali berubah dari segi content, design, pemilihan gambar, masalah ISBN lagi, membabitkan empat orang grafik designer bertukar tangan dan dua pengilang untuk hasilkan buku ini, akhirnya Buku Panduan Praktikal Aromaterapi Holistik telah berjaya disempurna dan sedia untuk berada di pasaran.
.

Syukur Alhamdullillah... Inilah hadiah terindah dan satu pengiktirafan yang sangat bermakna untuk saya sepanjang karier saya sebagai Aromaterapis.
.

Sebuah buku berbentuk ilmiah yang padat dengan gambar, merangkumi informasi berkaitan minyak pati, minyak pelarut, Aromaterapi dan Keselamatan, Penggunaannya, formulasi Percampuran Minyak Pati, perincian jenis2 minyak pati termasuk urutan asas dan banyak lagi ini mampu dijadikan panduan lengkap kepada mereka yang ingin mendalami ilmu Aromaterapi sebagai kaedah rawatan alternatif.
.

Kepada pencinta minyak pati dan masyarakat amnya, semoga dengan kehadiran buku ini, sekurang2nya akan dapat memberikan sedikit sebanyak panduan, pendidikan dan pengetahuan berkaitan kebaikan minyak pati agar lebih terbuka untuk menerima aromaterapi, sumber alam, penyembuhan kuno untuk kehidupan moden agar lebih sihat, cantik dan sejahtera.

eksklusif penulisan dari pengasas Gritz Aromatherapy dan aromaterapis bertauliah, Puan Rita Omar.