Cart 0

Natural Botanical Carrier Oil Argan Gold

RM 70.00

Keajaiban dan hasil yang menakjubkan dengan Minyak Argan Gold Gritz 100% ekstrak tumbuhan.

Beribu-ribu tahun yang lalu, suku kaum Berber Maghribi menemui suatu keajaiban pada pokok Argan iaitu minyak yang diekstrak daripada buahnya mempunyai ciri-ciri kosmetik yang paling menakjubkan.

Minyak Argan ibarat 'makanan' kepada kulit. Sama seperti keperluan makanan yang diperlukan untuk badan, kulit juga perlu sentiasa diregenerasikan semula untuk kekal sihat. Akibat dari tekanan alam sekitar, kulit akan sentiasa kekurangan nutrient yang diperlukan untuk mengekalkan tahap penghidratan dan kolagen yang diperlukan. Oleh itu, Minyak Argan adalah penyelesaian semulajadi untuk melindungi kulit daripada penuaan dan pendedahan UV.

Kajian telah membuktikan bahawa minyak Argan mempunyai banyak khasiat antaranya:

1. Pelembap kulit - mengandungi Vitamin E semulajadi yang tinggi (200% lebih dari minyak zaitun), antioksidan dan Omega 6 yang terbukti secara saintifik untuk menyuburkan dan melindungi kulit anda.

2. Anti penuaan -Minyak argan kami mempunyai bahan anti penuaan yang berupaya menjaga kulit agar kelihatan lebih muda dan lebih segar dengan memerangi radikal bebas yang merosakkan DNA. Ia mampu untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak termasuk mengurangkan penampilan garis-garis halus serta kedutan.

3. Penyembuh Semulajadi dan Pelindung - Mengandungi triterpenoids untuk mengurangkan kesan parut. Minyak ini juga mempunyai dua agen anti-bakteria: Polyphenols dan Squalence yang bertindak sebagai anti-radang, melindungi kulit dari risiko jangkitan dan kanser kulit.

4. Penyembuh Masalah Kulit - Campuran asid lemak dalam minyak ini mampu mengawal pengeluaran sebum pada pada kulit wajah dan menjadikan wajh bebas jerawat, membersihkan kulit serta melegakan kegatalan, kemerahan dan kerengsaan akibat jerawat, eczema, rosacea dan psoriasis.

5. Baik untuk bayi dan ibu hamil - Selamat digunakan semasa hamil. Sangat berkesan untuk mencegah regangan kulit (stretchmark) dan meningkatkan keanjalan kulit. Ia begitu lembut dan baik untuk kulit bayi serta boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

FAEDAH MINYAK ARGAN GOLD GRITZ:

1. 100% asli dan tulen

2. Kulit kelihatan lebih muda

3. Mengurangkan kedutan.

4. Mengurangkan garis-garis halus 

5. Memudarkan parut, mencegah dan mengurangkan regangan kulit ( stretchmark)

6. Menghilangkan jerawat.

7. Menghilangkan kecacatan kulit

8. Memudarkan pigmentasi

9. Melegakan kegatalan dan kekeringan akibat eczema dan prosiaris.

10. Mengurangkan inflamasi akibat Rosacea dan banyak lagi.

PENGGUNAAN MINYAK ARGAN GOLD GRITZ PADA KULIT ANDA:

Gunakan setiap hari untuk mendapatkan hasil yang ketara dan menakjubkan. Sapu beberapa titik sekerap mungkin pada tempat yang diperlukan. Ikuti langkah-langkah yang sama untuk 'strecthmark' dan parut. Untuk ibu hamil, sapu Minayk Argan dikawasan yang berpotensi untuk ' strecthmark' sebelum ia berlaku.

Ia adalah 100% tulen, organic dan nyahbau tanpa pewarna tambahan, pewangi, pengawet atau parabens. Sekarang anda boleh tampil menarik dan rasa hebat secara semulajadi.